Saturday, February 25, 2012

Apa yang ada pada angka "5"





Apa yang ada pada angka "5"??

Bagi aku, ia adalah satu angka yang amat bermakna pada aku. Pada dasarnya, ia tidak la mengambarkan apa-apa yang istimewa, cuma sekiranya ia benar berlaku, ia mungkin melangkah ke tahun yang ke "5". Nombor yang ganjil tetapi besar kenangan nya. Tetapi itu mungkin di alam mimpi, pada zahirnya aku cuma menganggap benda itu terjadi, tetapi malangnya, aku sedar ia sekadar permainan fikiranku. Andai benar terjadi, angka 5 menunjukkan satu proses kematangan dalam sebuah perhubungan, dari bersikap kebudakkan bertukar menjadi sikap yang matang. Bahkan perancangan yang serius melibatkan kedua-dua pihak.

Itu adalah sejarah hitam yang aku akan semat di dalam hati, ia sekadar angka sahaja tetapi adakah ia melambangkan sesuatu perhubungan yang serius? mungkin tidak bagi jawapanku. Bukan angka yang menjadi taruhan tetapi nilai keikhlasan dalam hati manusia, dan sifat kejujuran sebuah perhubungan. Ia akan menjadi persoalan kelak. Jesteru, aku menasihatkan agar tidak menyembah angka begitu mudah tetapi apakah pengorbanan sebenarnya dalam sesebuah perhubungan. Pandang kehadapan, "Your future is belong to you, look ahead, that is where your future lies", Kata-kata azimat ini yang aku pegang untuk sejak kebalakangan ini. Lupakan dan nikmati kehidupan di dunia ALLAH ini. Angka boleh di cipta, perasaan boleh dibentuk, perhubungan boleh diwujudkan dan pengorbanan sentiasa di kenang.



P/s = Selamat Hari Lahir pada seseorang yang aku amat hormati:) semoga ALLAH memberkati kehidupan kamu di samping orang yang tersayang.......


Monday, January 30, 2012

Malam berkata-kata


Jernihnya air mataku mengiris luka di dadaku,
Ku usap wajahku yang pucat dengan telapak tanganku,
Terlihat ketakutan melanda di senak nafasku,
Darah yang mengalir di setiap tubuh badan ku,

Ku belai rambutku sambil disaksikan angin malam,
Terasan getaran menyatu di hujung jemari-jemari ku,
Tak ku tahan gelora kasih nan sayang,
Bila malam yang menyepi di sempurnakan oleh limpahan sepi,

Tidak akan ku lepaskan hatimu yang pilu,
Telah terjanji dan terpatri di sanubari nurani,
Akanku tuntut semangat dan harapan dalam diri,
Meskipun kekuatan kehidupan tercari-cari....



p/s : Mencari idea tatkala menyiapkan projek:)


Sunday, January 29, 2012

Suram seketika

Hujung minggu yang agak suram untuk kali ini, hanya kami berempat dari tujuh orang tinggal di ruma sewa ini, selebihnya melayan percutian di krabi,Thailand. Mujur la aku tidak pergi sekali, demam melanda secara tiba-tiba sejak 2 hari ini, membatalkan niat untuk bergerak secara "bag packers", perjalanan yang dirancang oleh Rashid dan Joe memang membuatkan aku bengang dan agak jeles juga lah, Haha dengan hotel 4 bintang dan penginapan selama 4 hari 3 malam ibaratkan gaya hidup yang mewah lagi meresap perasaan bengang aku,, ha3,, Saje je nak panas line gua :) 

Sebelum ini aku ada post entiti berkenaan dengan "Exchange Student". Ini serba sedikit perihal program tersebut. "International Student Exchange Mobility" (ISEM) yang aku maksudkan tempoh hari, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar khususnya dari tajaan MARA untuk merasai pengalaman belajar di luar negara, dan aku salah seorang yang hadir di taklimat itu. Banyak manfaat dan kebaikan dari program tersebut. Segala dokumen yang diperlukan sudah pun aku selesaikan cuma menunggu temuduga daripada pihak universiti, pilihan aku untuk program ini sama ada di United Kingdom atau Australia. Cuma perasaan aku sekarang mungkin tertekan disebabakan FYP 1 dan FYP 2, Aku memilih untuk membuat latihan praktikal di sana selama 6 bulan berbanding menguruskan "Final Year Project di sana selama 1 tahun. (macam dapat je,, Peluang dah ada, pasrah je la)

Yang menjadi tekanan untuk aku, aku perlu menjaga keputusan peperiksaan dari sekarang, tiada lagi berjimba-jimba di luar kota raya dan menghirup udara segar Kuala Lumpur pada waktu malam menaiki motorsikal secara beramai-ramai (makcik dan pakcik dah cop aku mat rempit) hahaha. Sekiranya perkara ini berlaku, harapan untuk bermusafir di negara orang hancur berkecai. Insyallah, Semoga Allah memudahkan urusan hidup aku di dunia dan akhirat, AMIN~

p/s: Doakan kejayaan kita bersama,,,



Wednesday, January 25, 2012

Andai lelaki mengetahui....

Andainya lelaki tahu, apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu, apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu, apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu, apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu, apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu, apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu, apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu, apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu, apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu, apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu, apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu, apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu, sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


p/s: Hargai wanita... andai perempuan tahu,,,, ??? Sekadar berkongsi

Tuesday, January 17, 2012

"Panggilan Hangit"

Tahniah, anda terpilih untuk "Student Exchange Programme at oversea".... Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar tadi? panggilan aku terima dari pejabat universiti aku, Alhamdulillah,,, syukur ke hadrat illahi kalau benar apa yang ditawar. Peluang sebegini tidak mudah aku lepaskan. Hanya peluang ini aku hendak mengambil pengalaman di luar negara. Peluang hanya datang sekali, memang benar rezeki ada di mana mana, tetapi jangan lepaskan peluang ini di depan mata,

Tetapi, menjadi persoalannya sekarang di mana program itu akan dibelangsung? Objektif dan misi? aku masih tertanya-tanya sebelum taklimat berkenaan program itu diadakan. Banyak persoalan yang terbuku di hati ini ingin aku tanyakan kepada panel. Berkenaan dengan kewangan, mungkin menjadi penghalang aku untuk bermusafir di negara orang, Aku memanjat doa agar perjalanan ini semudah yang aku sangkakan walaupun pada hakikatnya memang aku terpaksa mengeluarkan keringat empat kerat aku untuk bersaing.

Perasaan? bercampur baur, suka, gembira, sedih, risau, bermain-main di benak fikiran aku, mana tak nya, adakah aku patut pergi atau menolak secara baik? Dilema, itulah perasaan aku sekarang, cuma yang aku mampu memohon kepada Illahi supaya membuka pintu hati ini yang gundah gulana. Tahniah untuk diri aku, walaupun tidak dapat berkongsi dengan orang yang tersayang tetapi keluarga aku dan sahabat aku menyokong aku dari belakang, Terima Kasih kalian semua. ALHAMDULILLAH....



p/s : Insomina,,, melanda lagi,,, Ruginya nikmat tidur di tarik,,,

Saturday, January 14, 2012

coretan pertama

Salam semua. ini adalah entiti pertama edisi 2012 yang sempat aku tulis, tahun 2011 telah pun berlalu, bermula tahun mungkin cabaran dan dugaan pasti mencabar. Yang lepas adalah satu pengalaman dalam hidup kita, yang akan datang ini pasti kita akan lalui, sama ada kita mampu lalui, terpulang pada diri sendiri yang menentukan, yang pasti tahun ini aku berharap sesuatu yang bermakna akan hadir dalam hidup ini.

Sejak kebalakangan ini, aku terpanggil untuk memberi pandangan tentang sikap pelajar ataupun mahasiswa melayu kini. Rasanya belum terlambat lagi aku nak memberi pandangan. Kenapa perkara seumpama bergitu berlaku? adakah didorong oleh anasir luar yang sanggup mempergunakan pelajar? Hal ini timbul persoalan dalam diri aku. Pada pendapat aku, ini hanya pandangan aku sebagai pelajar atau mahasiswa, adalah tidak wajar seseorang pelajar berbuat demikian. Ini mencerminkan sikap mahasiswa melayu ini yang berfikiran sempit jika kita bandingkan mahasiswa cina dan india, mereka mengambil sikap acuh tidak acuh. Bagi aku, habiskan la pengajian itu dahulu, cari ilmu dan pengetahuan untuk diri sendiri, dan sampainya masa nanti berjuang la untuk agama ISLAM tercinta dan bangsa.

Digelar "HERO MALAYA" bukan sesuatu yang boleh dibanggakan pada pendapat aku, mungkin ada sesuatu yang mereka ingin perjuangkan tetapi cara yang diperjuangkan memang kurang bijak. Kita sebagai generasi muda harus ada semangat sebegini, aku memang tabik tetapi cara penyampaian itu kurang disenangi oleh semua pihak. Cuma pada pandangan aku biarlah ilmu didada mencukupi, baru berhak bicara erti perjuangan.

Ini adalah pandangan aku, mohon maaf sekiranya pihak yang berkenaan terasa hati. Teruskan perjuanganmu dengan bijaksana jangan membabi buta.



p/s : nampak formal sangat ke?? hurm,,,,

Thursday, November 10, 2011

malam menjerit

Tika malam gelap menjelma,
Suasana hening dan pilu seketika,
Bunyi riuh cengkerik bersuara,
Sambil angin manja bertiup ke corong udara,
Di sulami lampu pelita disinggah sana,
Terdengar suara mulus disudut meja,
Rasa gerun seketika mengusap peluh didada,
Setapak demi setapak beranikan diri melihatnya,
Belum sempat bergerak ke arahnya,
Kelibat bayangan bermain mata,
Peluh jantan percik bagai nak gila,
Ku lari seribu hilang di mata,
Bila ilmu tidak cukup di minda,
Jangan cuba mendabik dada,
Ku serah pada Maha ESA,
Agar tidak diganggu hamba terseksa ,
Pergilah jauh bayangan menjelma,
Agar bebas terbang ke udara.....



P/s : khayalan semata-mata, perasaan terganggu bila emosi tertekan, takut akan bayangan sendiri.........